Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Maksimum 30 orang dibenarkan hadiri upacara pengebumian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menetapkan maksimum 30 orang sahaja dibenarkan untuk menghadiri upacara pengebumian.
Manakala, maksimum 20 orang sahaja dibenarkan di tapak pengebumian.
Katanya garis panduan (SOP) itu adalah bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Menurut JPBNS, Daerah Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,578 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lima buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Malah, Daerah Bintulu telah bertukar status dari jingga kepada merah setelah mencatatkan sejumlah 46 kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.
Bagaimanapun, Daerah Dalat yang telah bertukar ke status merah semalam telah kembali berstatus jingga dengan sejumlah 39 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Subis telah bertukar dari status kuning kepada jingga dengan sejumlah 22 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Telang Usan pula telah bertukar status dari hijau kepada kuning setelah satu kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sementara Daerah Betong, Song dan Sebauh kekal berstatus jingga dengan 90 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Bukit Mabong, Tatau, Bau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus kuning.
Manakala 11 daerah lain kekal berstatus hijau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru