ARTIKEL

Malam nostalgia mengimbau legasi Sharifah Aini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Konsert “A Tribute to Sharifah Aini” menghidupkan semula kenangan terhadap Biduanita Negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini di Dewan Filharmonik Petronas.

Persembahan lebih dua jam itu menampilkan Asmidar, Salamiah Hassan, Shiha Zikir dan Datuk Khadijah Ibrahim yang mendendangkan pelbagai lagu popular Allahyarhamah.

Konsert berkenaan membawa penonton mengimbau perjalanan seni Sharifah Aini yang mewarnai industri hiburan selama lebih empat dekad.

Selain persembahan lagu, artis yang terlibat turut berkongsi kenangan serta pengalaman bersama penyanyi legenda itu.

Menuru Bernama, malam penuh nostalgia itu diakhiri dengan persembahan gabungan semua penyanyi menerusi lagu Seiring Sejalan yang menerima tepukan gemuruh penonton.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU