ARTIKEL

Malaysia Airlines tawar penerbangan terus ke Paris tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menawarkan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 22 Mac 2025.

Malaysia Aviation Group (MAG) berkata perkhidmatan itu akan mengendalikan empat penerbangan mingguan, dan tiket untuk laluan itu akan tersedia mulai 6 Sept 2024, dengan tambang pengenalan pergi balik termasuk semua sebanyak RM3,699.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Kapten Izham Ismail berkata laluan Paris yang mewakili destinasi ke-68 Malaysia Airlines akan menggunakan pesawat A350-900.

“Meskipun pasaran Eropah sangat berdaya saing, MAG melihat potensi besar laluan Paris ini untuk menarik pelancong utama, bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari jiran serantau.

“Dengan ketibaan pesawat berbadan lebar tambahan bermula suku keempat ini, kumpulan bersedia untuk terbang ke bandaraya yang dinanti-nantikan kembali ke rangkaiannya,” katanya pada sidang media di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia 2024 (MATTA Fair 2024) di sini hari ini.

Izham berkata kumpulan itu telah menilai destinasi Eropah sejak tiga tahun lepas dan melihat Paris mempunyai permintaan penumpang yang tinggi bagi semua hala.

“Ia boleh mengubungkan penumpang dari Amerika Utara dan Eropah Utara serta Australia, Asia dan New Zealand.

“Jadi pada asasnya, kami berasa sangat yakin bahawa Paris adalah destinasi terbaik dalam laluan pertumbuhan kami, dan ia juga membantu kami memudahkan usaha untuk menjadikan KLIA sebagai hab yang kukuh di rantau Asia Pasifik,” katanya.

Menurut Izham destinasi tumpuan syarikat penerbangan itu pada 2025 adalah Australia dan Asia Selatan dengan jangkaan peningkatan permintaan bagi destinasi berkenaan.

Pada majlis itu, MAG turut mengumumkan Malaysia Airlines dan Google Gemini sedang mengubah pengalaman perjalanan dengan mempamerkan teknologi kecerdasan buatan (AI) termaju, Gemini, buat pertama kali pada demonstrasi fizikal di Malaysia di Arena MAG.

Ia berkata Malaysia Airlines juga sedang merombak program perjalanan korporatnya daripada MHbiz TRAVEL kepada MHcorporate, bertujuan memberikan fleksibiliti yang tiada tandingan, penjimatan pendahuluan pada laluan Malaysia Airlines, dan penyelesaian perjalanan yang disesuaikan untuk kedua-dua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat besar.

Untuk meraikan pelancaran itu, PKS yang mendaftar dalam MHcorporate memperoleh empat kali mata enrich korporat pada tambang asas dan menikmati diskaun tambahan lima peratus bagi tawaran MATTA Fair untuk perjalanan sehingga 31 Dis 2024.– BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.