ARTIKEL

Awang Tengah dan Mohamad Hasan menghadiri Mesyuarat Ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat Malaysia-Brunei, hari ini.

Malaysia bawa isu jerebu Sarawak ke ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDAR SERI BEGAWAN: Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik ASEAN bagi mencari penyelesaian terhadap isu jerebu rentas sempadan yang menjejaskan Sarawak susulan kebakaran hutan di Indonesia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata, surat daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup akan dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia serta Sekretariat ASEAN berhubung perkara itu.

“Mekanisme ASEAN dilihat sebagai pendekatan lebih berkesan dalam menangani isu alam sekitar yang melibatkan negara anggota pertubuhan serantau itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27) Malaysia-Brunei, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, surat berkenaan dijangka diserahkan kepada Sekretariat ASEAN dalam tempoh satu hingga dua hari bagi membolehkan Setiausaha Agung ASEAN menyelaras usaha bersama Malaysia dan Indonesia menangani masalah kebakaran hutan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU