ARTIKEL

Aksi Thinaah dan Pearly dalam saingan sengit tiga set tumpaskan beregu Indonesia. (TVS - AWANG AZMIL)

Malaysia disekat Indonesia, Bawa Pulang Gangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD badminton wanita Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 3-2 kepada Indonesia dalam saingan separuh akhir Sukan SEA 2025, sekali gus menamatkan kempen dengan pingat gangsa yang dikongsi bersama Singapura.

Kem negara bermula kurang baik apabila perseorangan negara, Karupathevan Letshanaa, tunduk straight set 9-21, 10-21 kepada Putri Kusuma Wardani, meletakkan pasukan dalam tekanan awal.

Namun kebangkitan segera hadir menerusi gandingan beregu utama negara, Thinaah Muralitharan–Pearly Tan, yang menghadiahkan mata penyamaan selepas tampil bertenaga menundukkan pasangan Indonesia, Rache Allessay–Febi Setianingrum, 21-14, 17-21, 21-16 dalam pertarungan tiga set.

Momentum Malaysia bertambah apabila perseorangan Sarawak yang sedang meningkat naik, Wong Ling Ching, menghadirkan aksi penuh keberanian menewaskan pemain berpengalaman, Gregoria Mariska Tunjung, 22-20, 15-21, 21-16.

Kemenangan itu bukan sahaja melonjakkan semangat pasukan, malah mencetak namanya sebagai pemain baharu yang perlu diberi perhatian di pentas serantau.

Harapan Malaysia untuk mengesahkan slot final bagaimanapun terencat apabila gandingan Go Pei Kee–Toh Ee Wei terpaksa akur kepada ketangkasan Febriana Dwipuji Kusuma–Meilysa Trias Puspitasari 10-21, 9-21.

Siti Zulaikha yang merupakan harapan Malaysia juga gagal menembusi pertahanan rapi Mutiara Ayu Puspitasari selepas tewas 18-21, 16-21 — sekaligus mengesahkan kemenangan 3-2 buat Indonesia.

Selepas perlawanan, Thinaah berkata mereka tetap beraksi dengan keyakinan penuh dan mengutamakan semangat sepasukan walaupun berdepan tekanan tinggi.

“Tidak kira anda bermain di kejohanan Jelajah Dunia, Sukan Olimpik atau Sukan Asia sekalipun, Sukan SEA juga besar maknanya bagi kami.

“Untuk berada di sini sangat istimewa, dan kami hanya mahu memberikan yang terbaik tanpa meninggalkan sebarang penyesalan,” ujarnya.

Walaupun terlepas peluang ke final, skuad wanita Malaysia berhak pulang dengan penuh bangga selepas mempamerkan ketabahan, disiplin dan komitmen tinggi di gelanggang.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu