GLASGOW: Atlet para powerlifting negara, Nicodemus Manggoi Moses, terlepas peluang meraih pingat selepas menamatkan saingan di tempat keempat kategori heavyweight lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Menurut Bernama, Nicodemus mencatat angkatan terbaik 200 kilogram (kg) untuk mengumpul 120.3 mata, manakala atlet Nigeria, Riluwan Idris, memenangi pingat emas diikuti wakil England, Matthew Harding, dan atlet India, Jhandu Kumar.

Sementara itu, Bryan Junency Gustin gagal mencatat sebarang angkatan selepas ketiga-tiga percubaannya pada bebanan 196kg, 196kg dan 201kg tidak disahkan.
Terdahulu, jaguh negara Bonnie Bunyau Gustin gagal mempertahankan gelaran kategori lightweight lelaki apabila sekadar meraih pingat gangsa.
Saingan para powerlifting di Glasgow 2026 berlangsung sehari dengan kedudukan ditentukan berdasarkan sistem mata yang mengambil kira angkatan terbaik serta berat badan atlet.



