ARTIKEL

Nancy ketika ditemui pemberita pada Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini hari ini.

Malaysia Kaji Sekatan Telefon Pintar Kanak-Kanak Ikut Jejak Australia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan sedang mengkaji semula rancangan untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak dengan mengambil kira pendekatan yang telah dilaksanakan di negara lain termasuk Australia.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perbincangan mengenai garis panduan penggunaan peranti mudah alih oleh kanak-kanak sedang dijalankan dengan meneliti amalan antarabangsa sebelum sebarang dasar tempatan dirumuskan.

“Walaupun perkara ini tidak secara langsung di bawah kementerian saya kami tetap membincangkannya.”

“Contohnya garis panduan boleh membenarkan kanak-kanak memiliki telefon mudah alih tetapi bukan telefon pintar,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di sini hari ini.

Tambah beliau, perkara yang sama turut membabitkan sesetengah permainan digital yang masih dalam proses penentuan.

“Sudah ada beberapa cadangan tindakan yang perlu diambil terhadap beberapa penyedia perkhidmatan tertentu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan meneliti amalan negara lain sebelum memuktamadkan dasar di Malaysia.

“Sebagai contoh Australia merancang untuk melaksanakan sekatan telefon pintar bagi kanak-kanak bawah 16 tahun pada bulan Disember ini.

“Justeru kita akan lihat sama ada pendekatan itu sesuai dengan keadaan kita,” jelasnya.

Tegasnya kerajaan membenarkan penggunaan telefon mudah alih bagi tujuan komunikasi dan keselamatan.

“Pun begitu tumpuan utama adalah untuk mengawal penggunaan telefon pintar terutama isu permainan seperti Roblox.

“Persoalannya adalah tindakan apa yang perlu diambil kerana ia jelas memberi kesan negatif kepada kanak-kanak. Ia sangat merosakkan,” tegasnya.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha