ARTIKEL

Malaysia ‘libas’ Indonesia 2-0, tunggu Thailand di Final Piala Raja Thai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara menempah tiket ke final acara berpasukan Piala Raja Thai 2026 selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir di Fashion Island Mall, Bangkok, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia bakal berdepan seteru tradisi Thailand, pada aksi final yang dijadualkan berlangsung pada 12 tengah hari waktu tempatan Malaysia.

Pada aksi separuh akhir, Malaysia yang menurunkan Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Kamarul Ezzad Kamarul Imran dan Zarif Marican sebagai regu pertama menang 15-13, 15-9 untuk menyumbang mata pembukaan.

Malaysia kemudian meneruskan rentak cemerlang menerusi regu kedua yang dibarisi Muhammad Haziq Khairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan dan Zuleffendi Sumari apabila menewaskan lawan 15-10, 15-8, sekali gus mengesahkan kemaraan ke final tanpa perlu aksi regu ketiga.

Malaysia sebelum ini menewaskan Vietnam 2-1 pada peringkat suku akhir.

Thailand terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Laos 2-0 pada satu lagi aksi separuh akhir. — Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU