ARTIKEL

Abang Jimmy menyampaikan sumbangan berupa alat pemadam api kepada ketua masyarakat Bintulu dengan disaksikan Dr Stephen Rundi dan kenamaan yang lain.

Malaysia LNG sumbang 300 alat pemadam api kepada lebih 100 kampung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lebih 100 kampung di sekitar Bintulu, Sebauh dan Tatau menerima sumbangan 300 unit alat pemadam api menerusi inisiatif anak syarikat PETRONAS, Malaysia LNG (MLNG) bagi meningkatkan kesiapsiagaan komuniti menghadapi kecemasan, khususnya berkaitan pencegahan kebakaran dan keselamatan penduduk.

Sumbangan itu disampaikan secara simbolik oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG), Abang Jimmy Abang Mordian dengan disaksikan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Agihan berkenaan dilaksanakan menerusi Program Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) Komuniti Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) 2026 yang turut memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran masyarakat dengan potensi bahaya operasi industri serta langkah keselamatan ketika berdepan situasi kecemasan.

Program itu bertujuan meningkatkan pemahaman komuniti dengan risiko kemalangan besar industri, langkah keselamatan yang dilaksanakan di kemudahan MLNG serta tindakan sewajarnya bagi mengurangkan risiko dan melindungi nyawa ketika kecemasan.

Peserta turut diberi pendedahan kepentingan mengenal pasti potensi bahaya, memahami prosedur keselamatan serta mengambil tindakan yang tepat bagi mengurangkan risiko apabila berlaku kecemasan.

Kira-kira 600 peserta terdiri daripada pemimpin masyarakat, pelajar, pendidik, wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan media menghadiri program tersebut.

Program berkenaan merangkumi taklimat bahaya kemalangan besar industri, perlindungan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan serta langkah kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.

Sumbangan alat pemadam api itu juga memberi penekanan kepada kepentingan persediaan di peringkat komuniti bagi membolehkan penduduk mengambil tindakan awal yang bersesuaian sekiranya berlaku kebakaran, sementara menunggu bantuan pihak berkuasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU