ARTIKEL

Penyertaan Askar Wataniah di Sarawak masih rendah, kesedaran perlu dipertingkat


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyertaan rakyat Sarawak dalam Rejimen Askar Wataniah yang masih rendah, memerlukan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menyertai pasukan sukarela itu.

Menurut laporan UKAS, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged), Brigedier Jeneral Zulkininie Yunus berkata, penyertaan lebih ramai anak Sarawak penting bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara menerusi pelibatan masyarakat dalam aspek keselamatan.

Menurutnya, peluang berkhidmat dalam Askar Wataniah terbuka kepada rakyat Sarawak, sama ada yang bekerja atau tidak bekerja, tanpa perlu menyertai angkatan tentera tetap.

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged), Brigedier Jeneral Zulkininie Yunus dalam sidang media hari ini. | UKAS

“Kalau kita buat perbandingan dengan negeri lain, kita masih agak rendah dan perlu mempertingkatkan kesedaran rakyat Sarawak, sama ada yang bekerja ataupun tidak bekerja, untuk turut serta berkhidmat dalam Rejimen Askar Wataniah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Zulkininie berkata, Sarawak mempunyai dua rejimen Askar Wataniah, iaitu Rejimen 511 di Kuching dan Rejimen 510 di Sibu, yang membuka peluang kepada rakyat negeri ini untuk menyumbang kepada pertahanan negara.

Katanya, pelibatan anak tempatan bukan sahaja dapat memperkukuh keupayaan pertahanan, malah membina kerjasama antara pasukan keselamatan, kerajaan dan masyarakat dalam memelihara kedaulatan serta ketenteraman negara.

Menurutnya, usaha itu selari dengan konsep Whole-of-Government dan Whole-of-Society yang menekankan tanggungjawab bersama kerajaan dan masyarakat dalam memperkukuh keselamatan negara.

Beliau memberitahu pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat dengan peluang menyertai Askar Wataniah, khususnya dalam kalangan mereka yang berminat untuk berkhidmat kepada negara tanpa menyertai angkatan tentera tetap.

BERITA LAIN

Borneo kaya sumber alam, perlu dibangun bersama

KUCHING: Sarawak menyarankan negara dan wilayah di Kepulauan Borneo berganding tenaga dalam memanfaatkan kekayaan biodiversiti dan sumber tenaga yang dimiliki sebagai pemacu pembangunan serantau, sekali

BERITA TERBARU