ARTIKEL

Kredit: Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia (KBS) | BERNAMA

Malaysia meterai MoU dengan India bagi pembangunan belia dan sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia dan India bersetuju menjalin kerjasama strategik dalam bidang pembangunan belia dan sukan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan kerjasama itu dipersetujui menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara yang ditandatangani di Hyderabad House, New Delhi, India.

Pada majlis menandatangani MoU itu Malaysia diwakili Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, manakala India diwakili Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy. 

“Antara bidang fokus MoU tersebut adalah inisiatif program pertukaran belia Malaysia-India dan antidoping.

“Pemeteraian MoU selama lima tahun antara kedua-dua negara ini dilihat dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan India,” menurut kenyataan itu. — BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU