KUCHING: Menurut perkongsian data oleh SeaAsia Stats, Malaysia antara tiga negara yang paling ramai berstatus bujang.
Negara menduduki ranking pertama orang belum kahwin ialah Filipina iaitu 49 peratus dan diikuti oleh Brunei dengan catatan 44.9 peratus.
Malaysia menduduki tempat yang ketiga dengan 44.68 peratus.
Daripada data itu, didapati negara kecil iaitu Timur Leste menduduki tempat terakhir jumlah paling sedikit orang bujang.
Catatan statistik orang bujang ini termasuk orang belum berkahwin, duda, janda dan balu.



