ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Malaysia Perlu Percepat Usaha Persiapkan Tenaga Kerja Hadapi Era AI – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempercepat usaha melengkapkan tenaga kerjanya dengan kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk berjaya dalam era kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kemajuan teknologi yang pesat sedang mengubah landskap pelbagai industri serta mewujudkan peluang baharu, sekali gus menuntut sistem pendidikan dan latihan negara menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

“AI bukan sahaja akan membentuk cara perniagaan beroperasi, malah turut mengubah cara perdagangan dijalankan, penilaian kredit dibuat, risiko diuruskan serta pasaran dihubungkan merentas sempadan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran Pusat Pembangunan Global Ant International  di sini, hari ini.

Anwar berkata kerajaan juga sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang Tadbir Urus Kecerdasan Buatan bagi mewujudkan rangka kerja kawal selia untuk masa depan melibatkan interaksi antara manusia dan mesin. sekali gus rangka kerja itu akan melengkapi undang-undang sedia ada, termasuk Akta Keselamatan Siber dan peraturan perlindungan data.

Beliau berkata kepercayaan digital kekal menjadi asas pembinaan negara dalam era digital dan diberi keutamaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta fasa akhir Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata Malaysia perlu bertindak pantas untuk mempersiapkan golongan muda menghadapi kemunculan industri baharu dengan memperkukuh pembangunan bakat serta memperkenalkan bidang pengajian dan latihan yang bersesuaian.

Beliau berkata kerajaan sedang mempergiat usaha memastikan sistem pendidikan negara seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi serta perubahan keperluan ekonomi global.

“Kedua-dua Majlis Digital Negara dan Majlis Pendidikan Negara baru-baru ini memberi tumpuan kepada usaha melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.

“Kita mesti memastikan anak-anak dan golongan muda menerima latihan terbaik serta bersedia meneroka bidang dan peluang baharu yang sedang muncul di peringkat global,” katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menyesuaikan diri dengan pantas terhadap perubahan teknologi supaya tidak ketinggalan dalam landskap digital yang semakin kompetitif.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ant International atas keyakinan syarikat itu terhadap Malaysia serta sokongannya kepada usaha kerajaan membangunkan bakat tempatan dan memperluas peluang dalam ekonomi digital. – BERNAMA

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke