ARTIKEL

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kanan) bersama Menteri Pertahanan Singapura, Chan Chun Sing (dua, kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Panglima Tentera Laut Malaysia, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain (kanan) dengan Panglima Tentera Laut Singapura Laksamana Madya Sean Wat (kiri) sempena lawatan rasmi Menteri Pertahanan Singapura di Wisma Pertahanan , hari ini. | Bernama

Malaysia, Singapura bincang keselamatan siber dan infrastruktur bawah laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Isu keselamatan infrastruktur bawah laut antara perkara utama yang dibincangkan dalam kunjungan hormat rasmi pertama Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing ke Malaysia hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dalam pertemuan itu, Chan telah membangkitkan mengenai cabaran keselamatan infrastruktur bawah laut yang menghubungkan bekalan tenaga baharu antara kedua-dua negara.

“Singapura telah mengangkat cadangan mengenai keselamatan infrastruktur bawah laut iaitu soal bagaimana jika kita tidak melakukan apa-apa tindakan ia boleh memberi cabaran keselamatan kepada kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata pertemuan itu turut membincangkan perkongsian pengalaman dalam aspek keselamatan siber, terutama yang melibatkan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV).

Selain itu, beliau berkata kedua-dua negara juga bersepakat bahawa adalah penting untuk ASEAN sentiasa mengekalkan keamanan dan kestabilan.

“Pada masa yang sama kami turut bersetuju bahawa konflik serta gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja perlu diselesaikan segera,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled dan Chan menyaksikan Majlis Menandatangani Pengaturan antara Kerajaan Malaysia dan Singapura untuk Sokongan dan Kerjasama Penyelamatan Bersama Kapal Selam.

Dokumen itu ditandatangani Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Laut Singapura (TLRS) Laksamana Madya Sean Wat. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan