ARTIKEL

Hanifah (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Sebastian Magnusson, hari ini. (FOTO: FB HANIFAH HAJAR TAIB)

Malaysia, Sweden teroka kerjasama sektor kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Malaysia dan Sweden meneroka potensi kerjasama dalam sektor kesihatan, khususnya yang membabitkan perkongsian kepakaran, pengalaman, serta teknologi perubatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, setiap cadangan dan perancangan kerjasama perlu diterjemahkan melalui pendekatan yang praktikal, berkesan, dan mampan.

“Ini adalah bagi memastikan manfaat sebenar dapat diberikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi Kedutaan Sweden ke Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Perwakilan, Sebastian Magnusson, di sini, hari ini.

Pertemuan itu menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai bidang berkaitan kesihatan, termasuk kepakaran dalam peralatan dan teknologi perubatan serta fasiliti kesihatan.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan peluang perkongsian pengalaman dan amalan yang dapat menyokong usaha memperkukuh sistem serta penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan mengenai peluang membangunkan kerjasama dengan mengambil kira keperluan semasa sektor kesihatan serta penggunaan teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU