ARTIKEL

FOTO FB Malaysian Hockey Confederation

Malaysia tewas 1-4 kepada Jepun dalam aksi pembukaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad remaja wanita memulakan kempen Kejohanan Piala Dunia Remaja Wanita (WJWC) 2025 dengan langkah sumbang apabila tewas 1-4 kepada Jepun dalam aksi pertama Kumpulan A.

Pada aksi yang berlangsung di Santiago, Chile itu, Jepun mendahului seawal minit kelima menerusi jaringan Yoshida Rei diikuti Saiti Hanami (8’), Tabuchi Sena (10’) dan Usi Ayano (56’).

Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong pada aksi terbabit apabila berjaya membolosi gawang Jepun pada minit ke-21 hasil jaringan Zawiatul Akma Hartomo.

Ketua jurulatih skuad remaja wanita negara Lailin Abu Hassan berkata meskipun tewas, beliau tetap berpuas hati dengan semangat ditampilkan anak buahnya.

“Secara keseluruhan memang saya berpuas hati dengan prestasi mereka meskipun agak gugup pada suku masa pertama yang menyaksikan mereka melepaskan tiga gol.

“Bagaimanapun, mereka bangkit semula dengan perlawanan yang bagus dan dapat jaringan menerusi gol sudut penalti,” katanya menerusi audio yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini.

Mengulas mengenai pertemuan kedua Kumpulan A menentang Chile, Lailin berharap pemainnya dapat memperbaik kelemahan dan tidak mengulangi kesilapan sama ketika berdepan dengan Jepun.

Malaysia dijadualkan bertemu Chile pada awal pagi Khamis waktu Malaysia sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan Belanda pada Sabtu. – BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU