ARTIKEL

Dr Malcolm mengagihkan limau mandarin sambil menyantuni masyarakat Cina di Lubok Antu.

Malcolm, Isteri Santuni Masyarakat Cina Di Lubok Antu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUBOK ANTU: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap ADUN Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, menyantuni masyarakat Cina di daerah ini menerusi Program Penyerahan Buah Limau sempena Tahun Baharu Cina, hari ini.

Program berkenaan diadakan sebagai tanda ingatan dan penghargaan beliau terhadap komuniti Cina di Pekan Lubok Antu, selain mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dengan masyarakat setempat.

Hadir sama isteri beliau, Datin Dorothy Sylvester Pungga, yang turut menyampaikan sumbangan limau kepada penduduk sebagai simbol kemakmuran dan kesejahteraan menjelang perayaan.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi Taklimat Perancangan Pembangunan bersama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sri Aman Development Agency (SADA) di Menara Sarawak Energy, Kuching.

Menurut Malcolm, penganjuran program tersebut mencerminkan komitmen berterusan beliau dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak, selaras dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur.

Beliau berharap sambutan Tahun Baharu Cina kali ini membawa semangat keberanian, kekuatan dan ketekunan seperti sifat seekor kuda yang gagah berlari menuju kejayaan, sekali gus memacu kemajuan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU