ARTIKEL

Malini sedia tabur kudrat, bantu pemain bola sepak wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyerang sensasi skuad bola sepak kebangsaan, Malini Nordin sedia untuk menabur kudrat bagi membentuk kredibiliti pemain wanita di negeri ini pada masa akan datang.

Dengan pengalaman hampir dua puluh tahun mewakili negara dalam kejohanan bertaraf antarabangsa dan dunia, anak jati kelahiran Kampung Bintangor, Maradong, Sarikei itu kini mula berjinak dalam bidang kejurulatihan.

“Tiada masalah bagi saya untuk menabur kudrat dalam membentuk kredibiliti pemain negeri kelahiran iaitu Sarawak. Itupun sekiranya ada peluang daripada FAS kelak,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Malini, sudah tiba masa untuk dirinya menghala fokus kepada bidang kejurulatihan dengan usia yang kini mencecah 36 tahun.

“Lagipun…jurulatih wanita memang jauh berkurangan dan saya berharap hasrat serta keinginan untuk menjadi jurulatih bagi pasukan bola sepak wanita Sarawak pada masa akan datang tercapai,” tambah beliau.

Malini mengikuti Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Wanita Lesen C fasa pertama bermula 5 hingga 11 Oktober lalu dan disusuli fasa kedua bermula 25 hingga 30 Oktober.

Sepanjang kariernya, Malini pernah mencipta sejarah membantu skuad kebangsaan memenangi pingat emas pada Sukan Arafura pada tahun 2017.

Beraksi sebanyak lima kali di Sukan SEA (2007, 2009, 2013, 2017, 2019).

Di samping mewakili negara dalam kejohanan lain saban tahun termasuk yang terbaru iaitu Pusingan Kelayakan Piala Asia 2022 India di Palestin.

Malini Nordin (berdiri dua dari kiri) bersama barisan peserta yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU