ARTIKEL

Mampu jana 50 tan koko setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Kilang koko Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad di Kota Samarahan berupaya menghasilkan 50 tan metrik dalam setahun. Timbalan Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi, Willie Mongin berkata kilang tersebut dijangka siap sebelum penghujung tahun ini.

Katanya, sekiranya mempunyai permintaan yang baik dan kapasiti meningkat, kilang tersebut akan diperbesar. Willie memberitahu, Sarawak sekarang ini tidak mempunyai kilang pengisar koko yang besar seperti yang terdapat di Johor Bahru.

“Kita akan mulakan dengan Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad dan Lembaga Koko Malaysia (LKM), kita akan ada konsep ‘farm to table’. “Kita akan membeli biji kopi dari pekebun kecil dan membuat pengredan, kita akan kisar, kalau dari baka yang sama kita akan hasilkan kepada coklat. Seluruh rantaian itu kita akan ada di Sarawak.

“Kalau kita boleh keluarkan 50 tan metrik setahun, itu sudah cukup baik untuk membantu pekebunpekebun kecil koko kita. Keuntungan dari situ sudah cukup besar,” jelasnya setelah menghadiri taklimat potensi industri koko dan promoso penyertaan Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad di Dewan Gunasama Kampung Bratan Asah, Padawan kelmarin.

Dalam pada itu, Willie turut mengalakkan pelabur yang berminat untuk melabur tanaman koko secara komersial. Beliau menjelaskan, daripada peringkat huluan, kurangnya penanam koko yang menanam koko secara besar-besaran.

“Hanya secara komersial, kita boleh mempunyai ekonomi bidangan. Jadi kita galakkan,” ujarnya

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi