ARTIKEL

Manchester City juara EPL Musim 2022-2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NOTTINGHAM: Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kelima dalam enam musim selepas Arsenal yang menduduki tempat kedua tewas 1-0 di Nottingham Forest semalam.

Kekalahan kedua berturut-turut bagi pasukan The Gunners terus meninggalkan para pemain Mikel Arteta empat mata di belakang City dengan baki satu lagi perlawanan bagi mereka.

Gol kemenangan Taiwo Awoniyi juga meninggalkan kesan yang besar di bahagian bawah liga kerana Forest kini selamat daripada relegasi pada musim pertama mereka setelah mereka kembali ke liga utama selepas 23 tahun.

Kejuaraan City ini mungkin permulaan bagi kejuaraan ‘treble’ kerana anak buah Pep Guardiola akan bertarung dengan Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA, dan Inter Milan dalam final Liga Juara-Juara pada bulan depan.

Pemain Forest, Morgan Gibbs-White, memainkan peranan utama dalam kebangkitan Forest selepas memenangi hanya satu daripada 11 perlawanan liga pembukaan mereka.

Pemain antarabangsa Bawah 21 England itu mencipta jaringan tunggal apabila dia menolak bola kepada Awoniyi yang menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale, untuk menjaringkan gol kelimanya dalam tiga perlawanan.

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada