ARTIKEL

MOHAMMAD RAZI menyampaikan sumbangan khas kecemerlangan daripada LAKMD kepada salah seorang penerima pada satu majlis ringkas di PAWE, kelmarin.

Manfaat Peluang Pendidikan Disediakan Kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam menyeru lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar meneruskan tradisi kecemerlangan dengan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya, golongan muda perlu memanfaatkan peluang pendidikan yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan daya saing, sekali gus menjadi modal insan berkualiti untuk pembangunan negeri dan negara.

“Saya berharap anak-anak yang menamatkan pengajian di peringkat STPM dan SPM tidak berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya terus melangkah ke institusi pengajian tinggi bagi merealisasikan potensi diri.

“Usaha ini bukan sahaja penting untuk masa depan individu, malah membolehkan mereka kembali menyumbang kepakaran dan tenaga kepada pembangunan tanah air pada masa akan datang,” katanya.

ADUN Saribas itu berkata demikian semasa majlis ringkas penyampaian insentif kecemerlangan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak (LAKMD) di Bilik Operasi, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Debak, kelmarin.

Jelasnya, pelbagai inisiatif serta bantuan yang disediakan kerajaan membuktikan komitmen berterusan dalam memastikan lebih ramai anak muda berpeluang melanjutkan pengajian tanpa dibelenggu kekangan.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa dan masyarakat supaya terus memberikan dorongan kepada anak-anak untuk mengejar kecemerlangan akademik serta membina masa depan yang lebih cemerlang demi kemajuan Sarawak dan Malaysia.

Pada majlis tersebut, Razi yang juga Pengerusi LAKMD menyampaikan insentif kecemerlangan kepada 21 penerima, terdiri daripada 11 lepasan SPM dan 10 lepasan STPM.

Beliau berharap insentif yang diberikan dapat menjadi pembakar semangat kepada para penerima untuk terus cemerlang dalam bidang akademik serta melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU