ARTIKEL

Manfaat untuk 30 rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Penduduk di kawasan Pasai Siong di kawasan Dun Tamin bakal menikmati jalan raya yang lebih baik apabila projek naik taraf Jalan Pasai Siong siap hujung tahun ini.

Adun Tamin Christopher Gira Sambang berkata, projek naik taraf itu telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika melakukan lawatan kerja ke Pekan Selangau sebelum ini.

“Projek naik taraf Jalan Pasai Siong sepanjang 20 kilometer ini menelan kos sebanyak RM11 juta yang merangkumi tiga kawasan iaitu Siong Ili, Siong Tengah dan Siong Ulu.

“Kerja-kerja naik taraf kini sedang rancak dilaksanakan dan kini siap 63 peratus. Saya yakin ia boleh siap hujung tahun ini,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Apabila Jalan Pasai Siong ini siap katanya, ia akan memberi manfaat kepada 30 rumah panjang, dua sekolah, tadika dan klinik kesihatan di kawasan tersebut. Beliau memberitahu, tempoh perjalanan penduduk Pasai Siong ke bandar Sibu akan menjadi lebih pendek dan cepat iaitu hanya setengah jam jika dibandingkan mengambil masa sekitar sejam sebelum ini.

Christopher Gira Sambang

“Projek naik taraf ini turut merangkumi jalan diturap dengan tar yang sebelum ini jalan berbatu iaitu sepanjang 9.7 kilometer bagi Siong Ili, Siong Tengah adalah sepanjang 7.3 Kilometer dan Siong Ulu adalah 3 Kilometer.

“Jalan ini juga akan memberi manfaat kepada mereka yang mengamalkan pertanian seperti ladang kelapa sawit, pekebun dan sebagainya untuk memasarkan hasil mereka ke Pasar Tamu Minggu Sibu,” jelasnya.

Gira mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin oleh Abang Johari dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing yang telah meluluskan projek naik taraf Jalan Pasai Siong.

BERITA LAIN

Seni Warisan Gambus Lebo

Sesebuah bangsa dikenali melalui budaya, adat dan seni yang diwarisi turun-temurun, kerana elemen itulah yang membentuk identiti serta membezakannya daripada bangsa lain. Apabila warisan itu

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan