ARTIKEL

Manfaatkan AI dalam kelestarian alam sekitar, atasi cabaran perubahan iklim global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak memanfaatkan perkembangan teknologi digital khususnya kecerdasan buatan (AI), dalam usaha menuju kelestarian alam sekitar dan mengatasi cabaran perubahan iklim global.

Menurut Adun Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang, pendekatan itu untuk menjadikan Sarawak sebagai model pembangunan hijau yang menggabungkan kecanggihan teknologi dengan kelestarian alam sekitar.

“Di Sarawak, kami percaya bahawa teknologi ialah komponen penting dalam pembangunan masa depan negeri yang bukan sahaja mampan, tetapi inklusif.

“Dalam menuju peralihan tenaga dan kepimpinan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang lebih kukuh, inovasi menjadi nadi utama setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum AI Bertemu Kemampanan: Menerajui Impak Menerusi Digitalisasi anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan UNIVERS, Arc Technologies, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, usaha menangani cabaran global juga merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh semua pihak kerana ia merupakan senjata paling berkesan dalam menghadapi masalah dunia sebenar.

“Forum yang dianjurkan ini sangat tepat pada masanya memandangkan dunia kini berdepan dengan perubahan pesat yang menuntut tindakan segera.

“Memfokuskan bagaimana teknologi seperti AI dan platform digital membantu sektor perniagaan dan agensi kerajaan untuk menangani isu kelestarian, ia juga memberi penyelesaian terhadap pelepasan karbon, meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kos operasi,” ujarnya.

Tegasnya, acara ini bukan sahaja peluang untuk memperkukuh hubungan antara industri, para akademik dan kerajaan, malah menjadi langkah penting dalam perjalanan transformasi digital Sarawak yang menyeluruh.

Forum yang dihadiri oleh lebih 100 peserta tersebut mengumpulkan para profesional daripada pelbagai sektor seperti kelestarian, tenaga dan teknologi, sekali gus mencerminkan kesedaran kepentingan bertindak terhadap perubahan iklim dan mempercepat integrasi digital.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU