ARTIKEL

Yap bercakap dengan mangsa dari Stutong Baru di pejabat pusat khidmatnya, di sini, hari ini.

Mangsa Along Pinjaman RM600, Perlu Bayar RM19,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pinjaman RM600 bertukar menjadi mimpi ngeri buat sebuah keluarga apabila jumlah hutang seorang lelaki didakwa melambung kepada RM19,000.

ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap berkata, beliau memandang serius ancaman pemberi pinjaman wang haram atau along susulan kes membabitkan seorang wanita dari Stutong Baru yang mendapatkan bantuan selepas mendakwa keluarganya diugut dan diganggu oleh sindiket berkenaan.

“Abang wanita itu pada awalnya hanya meminjam RM600. Bagaimanapun, jumlah hutang itu didakwa meningkat secara melampau kepada RM19,000 akibat faedah berlebihan, ugutan serta tuntutan yang menyalahi undang-undang.

“Keluarga tersebut kini hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan dan gangguan daripada pemberi pinjaman wang haram terbabit. Dua laporan polis juga dibuat berhubung perkara itu,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, situasi yang bermula sebagai pinjaman kecil ketika seseorang berada dalam keadaan terdesak sering bertukar menjadi episod ugutan berpanjangan, tekanan emosi, keretakan keluarga serta ancaman keselamatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh ke atas kes berkenaan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan pemberian pinjaman wang haram dan ugutan jenayah.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali mendapatkan bantuan kewangan daripada pemberi pinjaman wang haram.

“Mungkin pada awalnya wang itu kelihatan mudah diperoleh, tetapi kesannya boleh memusnahkan kehidupan.

“Orang ramai perlu memahami bahawa along bukan penyelesaian, sebaliknya permulaan kepada bencana yang lebih besar,” ujarnya.

Justeru, beliau turut menasihati sesiapa yang berdepan gangguan daripada pemberi pinjaman wang haram supaya segera membuat laporan polis dan mendapatkan bantuan pihak berkuasa.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU