KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ni menunjukkan penurunan berbanding tengah hari tadi.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat jam 5.00 petang tadi, sebanyak 21 Pusat Permindahan Sementara telah ditutup pada tengah hari tadi.
Menurutnya, sebanyak 22 PPS masih dibuka masih dibuka yang menempatkan seramai 639 Keluarga dan 2,414 mangsa.
Kata Uggah yang juga Pengerusi JPBNS, hanya tiga Bahagian yang masih menempatkan mangsa banjir iaitu Bahagian Kuching, Serian dan Miri.
“Sebanyak 11 PPS di Bahagian Kuching melibatkan 1,079 mangsa dengan 323 keluarga sementara Bahagian Serian, 10 PPS melibatkan 1,079 mangsa dengan 315 keluarga.
“Bahagian Miri, satu PPS melibatkan seramai tujuh mangsa dengan satu keluarga,” katanya.

Sarawak nilai projek pelancongan menerusi VAE sebelum pembiayaan
KUCHING: Kerajaan Sarawak menilai daya maju dan tahap kesediaan pelaksanaan setiap cadangan projek infrastruktur pelancongan menerusi proses Value at Entry (VAE) sebelum dipertimbangkan untuk pembiayaan.
