Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan dengan 429 orang daripada 112 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah malam tadi.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (167) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60).
Berita lanjut menyusul.




