KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada seramai 679 orang daripada 189 keluarga setakat jam 4 petang ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kesemua mereka ditempatkan di enam PPS iaitu di satu di Daerah Kuching dan lima di Serian.
Di Kuching, PPS yang dibuka ialah di Dewan Masyarakat Haji Kamaruddin Segedup yang menempatkan seramai 113 mangsa daripada 24 keluarga.
Manakala PPS di Serian ialah di Dewan Kampung Rimba Padi (28 keluarga, 96 mangsa), SK Tanah Puteh (100 keluarga, 338 mangsa), Dewan Kampung Slabi Entukuh (enam keluarga, 32 mangsa), Dewan Balek Buk Janjun (lapan keluarga, 26 mangsa) dan Dewan Masyarakat Serian (23 keluarga, 74 mangsa).


HASiL tawar peluang selesai dokumen belum disetem tanpa penalti
KUCHING: Pembayar cukai yang mempunyai dokumen belum disetem berpeluang menyelesaikan kewajipan itu tanpa penalti menerusi program pengakuan sukarela yang dilaksanakan sempena Bulan HASiL sepanjang Oktober

