ARTIKEL

Kredit: FB APM Beaufort

Mangsa Banjir Sabah Kekal 338 Orang Malam Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal 338 orang daripada 121 keluarga setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon yang dibuka pada 3 petang, Selasa.

Kenyataan itu menyebut daripada jumlah dipindahkan itu, sebanyak 183 orang adalah golongan dewasa serta warga emas, manakala 155 lagi ialah kanak-kanak dan bayi.

“Kampung terjejas akibat banjir meningkat kepada 11 kampung pagi ini, berbanding 10 kampung malam tadi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU