ARTIKEL

Mangsa dikhuatiri lemas selepas motosikal tercampak ke laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Seorang individu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam saluran air laut susulan kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Bazar Karat, berhampiran Pos Malaysia di sini, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.49 malam, sebelum jentera pertama tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal Yamaha dan sebuah lagi motosikal yang belum dikenal pasti nombor pendaftarannya, dipercayai tercampak ke dalam sungai.

“Seorang mangsa disyaki terjatuh ke dalam saluran air laut, manakala tiga lagi mangsa telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Operasi pencarian dilaksanakan di sekitar lokasi sejauh kira-kira 30 meter, termasuk selaman sedalam 12 kaki ke dasar sebanyak tiga kali, namun mangsa masih belum ditemukan.

Motosikal jenis Yamaha berjaya dibawa naik ke darat sebelum operasi ditamatkan pada 1.14 pagi hasil kerjasama dengan pihak polis. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi itu membabitkan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta BBP Skudai (unit Pasukan Penyelamat Di Air – PPDA), dengan kekuatan logistik merangkumi satu jentera FRT, satu EMRS, tiga RIM dan sebuah Hilux PPDA.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah