ARTIKEL

Datuk Hanifah Hajar Taib merakam kenangan bersama penduduk setempat selepas mengadakan lawatan di Kampung Bunut.

Mangsa kebakaran Kampung Bunut terima sumbangan RM15,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Prihatin terhadap nasib keluarga yang ditimpa musibah, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Bunut, hari ini.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM15,000 serta keperluan asas bagi membantu meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam kejadian berkenaan.

Bantuan segera itu disalurkan sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga yang terkesan, selain memastikan kebajikan mereka terus diberi perhatian sewajarnya.

Dalam pada itu, Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah berharap semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat dapat terus menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Beliau berharap sumbangan berkenaan dapat membantu meringankan beban mangsa dalam menghadapi saat sukar ini.

Kejadian kebakaran di Kampung Bunut itu mengakibatkan dua buah rumah musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU