ARTIKEL

Datuk Seri Fatimah Abdullah beramah mesra dengan klien-klien PUSPEN dan keluarga mereka semasa majlis Hari Raya PUSPEN.

Mangsa kebakaran rumah setinggan di Sungai Plan tinggal sementara di rumah ahli keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA PADAWAN: Mangsa kebakaran rumah setinggan di tepi Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu tidak memerlukan Pusat Perlindungan Sementara (PPS) kerana telah mendapat tempat perlindungan sementara bersama ahli keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, mangsa dipindahkan segera ke rumah ahli keluarga kerana kawasan tersebut adalah kawasan setinggan.

“Kami pula menghulurkan bantuan lain dengan mengagihkan makanan segera dan makanan kering kepada mangsa yang terjejas sejurus selapas kebakaran.

“Pada peringkat awal, kami memberi bantuan makanan serta melakukan penilaian terhadap setiap keluarga yang terjejas.

“Kemudian, profil setiap ketua isi rumah dan ahli keluarga dikumpul bagi memastikan bantuan yang lebih spesifik dapat diberikan, termasuk bantuan wang saku, pakaian, serta keperluan sekolah untuk anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis ‘Berlanggar Meja’ Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Jalan Puncak Borneo, hari ini.

Untuk rekod, insiden kebakaran yang berlaku pada hari Isnin lalu melibatkan 18 unit rumah setinggan – terdiri daripada 92 orang mangsa, termasuk 67 orang dewasa dan 25 orang kanak-kanak.

Bomba menerima panggilan sekitar jam 11.06 pagi dan segera menggerakkan sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dibantu BBP Bintulu ke lokasi kejadian.

Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak dan telah memusnahkan keseluruhan struktur rumah jenis tidak kekal yang dibina berhampiran antara satu sama lain dan api berjaya dikawal pada jam 12.03 tengah hari.

Kebakaran tersebut turut menyebabkan mangsa kehilangan tempat tinggal dan meragut nyawa seorang warga emas berusia 77 tahun, Nuie Ipang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU