MIRI: Seorang individu yang terperangkap di dalam tandas Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah stesen minyak berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi operasi khidmat khas pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.50 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong digerakkan ke lokasi seperti dilapor TVS.
Anggota bomba mendapati pintu tandas OKU tidak dapat dibuka dan segera menjalankan kerja membuka pintu selepas membuat penilaian situasi.
Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan operasi ditamatkan pada 10.02 pagi.
Pasukan bomba kemudian memastikan keadaan di lokasi selamat sebelum kembali ke balai.






