ARTIKEL

Manifesto GPS komprehensif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

 

Dr Nur Aida Kipli.

KUCHING: Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mempunyai bahagian rasional mengapa rakyat Sarawak perlu mengundi gabungan parti-parti lokal itu, kata penganalisis politik, Dr Nur Aida Kipli.

Menurutnya, manifesto bertemakan ‘Menjamin Sarawak Stabil, Maju, Makmur’ itu boleh dilihat sebagai komprehensif, padat dan mampu dilaksanakan secara berperingkat.

“Setiap tuntutan dan kepentingan golongan rakyat di Sarawak diutamakan dan penyampaian perkhidmatan adalah telus dengan menyatakan rekod-rekod pencapaian pelaksanaan yang sebelum ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika dihubungi, hari ini bagi mengulas mengenai Manifesto GPS PRU-15 yang dilancarkan oleh Premier merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad lalu.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menambah dengan strategi menyenaraikan ‘aku janji’ sebagai komitmen untuk tempoh lima tahun akan datang, ia boleh ditakrifkan bahawa GPS mempunyai objektif yang jelas, boleh dicapai dan boleh diukur.

“Ia juga memudahkan rakyat Sarawak membuat senarai semak sama ada intipati-intipati yang dijanjikan itu dilaksanakan atau sebaliknya,” katanya.

Aida juga berkata terdapat intipati dalam manifesto itu merupakan kesinambungan daripada manifesto Pilihan Raya Negeri Ke-12, selain ada yang ditambah baik dengan penjelasan terperinci dan ada yang baharu diperkenalkan.

BERITA LAIN

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik