ARTIKEL

Datuk Seri John Sikie Tayai bercakap pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19. | Foto: Ramidi Subari

Mantar Gawai bermula 1 Mei, ngiling bidai selewat-lewatnya 30 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masyarakat Dayak diingatkan supaya memulakan mantar Gawai pada 1 Mei dan mengadakan ngiling bidai selewat-lewatnya pada 30 Jun.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Seri John Sikie Tayai berkata, ketetapan itu dipersetujui oleh Temenggong, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum menerusi Simposium Adat Gawai di Sibu baru-baru ini.

Katanya, ketetapan itu dibuat susulan amalan sesetengah masyarakat yang mula mengadakan ngiling bidai pada penghujung April, iaitu sebelum 1 Mei.

“Semua pihak bersetuju bahawa mantar Gawai hanya boleh bermula pada 1 Mei, manakala ngiling bidai hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada 30 Jun.

“Saya berharap semua YB (Yang Berhormat), terutamanya Dayak, mengambil maklum dan menasihati masyarakat di kawasan masing-masing supaya mematuhi ketetapan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, di sini, hari ini.

Sikie berkata, sambutan Hari Gawai tidak boleh berlanjutan sehingga Julai dan seterusnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU