ARTIKEL

MARA siasat kes buli di MRSM Pulau Pinang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan kejadian buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang.

Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta pegawainya melakukan siasatan segera sekiranya kejadian itu benar-benar berlaku di institusi itu.

Katanya, MARA tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya kejadian berkenaan benar melibatkan pelajar MRSM.

“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga MARA, ‘you touch, you go’ (kamu sentuh, kamu pergi).

“Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan buli dalam apa jua bentuk di MRSM,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi seminit 32 saat yang memaparkan dua remaja lelaki menindih seorang remaja di atas katil.

Salah seorang daripada mereka turut dilihat memukul badan mangsa menggunakan objek disyaki tali pinggang.

Menurut pengguna media sosial, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah MRSM di negeri ini. – TVS

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU