ARTIKEL

Reaksi skuad hoki kebangsaan selepas ditewaskan India 5-1 dalam perlawanan final penentuan pingat emas acara hoki lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Gifu Prefectural Green Stadium semalam.

Marhan yakin Malaysia mampu layak ke LA28 walau tewas kepada India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAGOYA: Kapten pasukan hoki lelaki negara, Muhammad Marhan Mohd Jalil masih yakin Malaysia mampu melayakkan diri ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Menurut Bernama keyakinan itu dizahirkan selepas Malaysia tewas 1-5 kepada India pada final hoki lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Skuad hoki kebangsaan membawa pulang pingat perak selepas tewas pada kepada India dalam perlawanan final acara hoki lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Gifu Prefectural Green Stadium semalam.

Kekalahan itu menyebabkan Malaysia terlepas peluang mendapat tiket automatik ke LA28 di Gifu Prefectural Green Stadium.

Marhan berkata pasukan negara menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tiga bulan lalu termasuk kemenangan ke atas Pakistan dan Korea Selatan.

Beliau menegaskan pasukan perlu bermain lebih tersusun secara kolektif dan tidak bergantung kepada pemain individu dalam perlawanan penting.

Skuad negara akan memberi tumpuan kepada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di India dari 27 Oktober hingga 5 November.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU