ARTIKEL

Safiee Ahmad menyampaikan ucapan.

Martabatkan bahasa kebangsaan, bahasa etnik agar terus relevan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak diseru untuk terus memartabatkan bahasa kebangsaan dan memelihara bahasa etnik selari dengan kemajuan teknologi semasa bagi memastikan peranannya kekal relevan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro merangkap Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia, Safiee Ahmad, berkata DBP Cawangan Sarawak kini perlu mengikut rentak perubahan mengikut keperluan semasa, termasuk ledakan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), agar peranan institusi itu kekal signifikan di negeri ini.

“Permintaan terhadap bahan bercetak semakin menurun apabila masyarakat beralih kepada medium digital, dan diharapkan DBP Cawangan Sarawak dapat melakukan lonjakan melalui pendekatan baharu serta kaedah kerja yang lebih sesuai agar kekal relevan dengan kehendak semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Lestari Bahasa 2025 yang berlangsung di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak, malam tadi.

Tambah beliau, pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Sarawak turut berdepan cabaran daripada aspek latar budaya, sejarah dan politik yang kompleks. Justeru, ia memerlukan pendekatan yang lebih sensitif dan diplomatik.

“Kelebihan kita di Sarawak ialah perpaduan dan kesatuan yang kukuh. Oleh itu, setiap pelaksanaan program perlu mengambil kira kepentingan serta sensitiviti masyarakat, di samping menjalin hubungan baik dan komunikasi berkesan dengan semua pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa keluasan geografi Sarawak menjadi antara kekangan utama pelaksanaan program kerana ia memanjangkan tempoh perjalanan serta meningkatkan kos dan masa.

“Oleh itu, pendekatan DBP Sarawak yang bersinergi dengan agensi kerajaan, swasta, persatuan dan media merupakan satu langkah baik yang perlu diteruskan dan dipergiatkan. Ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program,” jelasnya.

Terdahulu, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr. Azizul Ismail dalam ucapan alu-aluannya berkata, majlis itu merupakan platform khusus bagi menghargai semua pihak yang telah menjalin kerjasama dalam penganjuran serta pelaksanaan program bersifat kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan di Sarawak sepanjang tahun 2024.

“DBP Cawangan Sarawak sentiasa bersedia menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, menyebarluaskan kesusasteraan kebangsaan serta mendokumentasikan kearifan tempatan di Sarawak,” katanya.

Safiee turut menyatakan harapannya agar DBP Cawangan Sarawak terus aktif dan produktif dalam melaksanakan pelbagai program demi memperkasa bahasa Melayu serta memelihara bahasa etnik sebagai khazanah yang perlu diwarisi oleh generasi akan datang.

“Usaha memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan, khususnya di Sarawak, tidak seharusnya digalas oleh DBP semata-mata, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama,” tegasnya.

Safiee Ahmad bersama tetamu kehormat merakam kenangan semasa Majlis Lestari Bahasa 2025.
Dr. Azizul Ismail menyampaikan ucapan alu-aluan.
afiee Ahmad menyampaikan Anugerah Tinta Warta DBP kepada Rudi Affendi Khalik.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian