ARTIKEL

Marylyn wakili KDCA Sarawak Unduk Ngadau Kaamatan di Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Marylyn Velarie Bolovin dinobatkan sebagai pemenang Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Sarawak Unduk Ngadau Kaamatan (ratu cantik).

Sekali gus, bakal mewakili KDCA Sarawak untuk bertanding di Pesta Kaamatan peringkat negeri di Sabah yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

Berdiri 169cm tinggi, gadis berusia 21 tahun itu menewaskan tujuh finalis lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi, sijil dan hadiah lain semasa Pesta Kaamatan KDCA Sarawak di Hotel Imperial pada Ahad.

Isteri Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan Datin Melinda Claudia Bucking hadir menyerahkan hadiah kemenangan kepada Marylyn.

Marylyn dari Kudat, Sabah merupakan anak keturunan Rungus yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru di Batu Lintang.

Manakala, naib johan pertandingan disandang Izavel Alesandra Beko, diikuti tempat ketiga Sabrina Tubong.

Lima lagi peserta iaitu Queency Isabelle Ladzrus, Natasha Jonia, Jorjanne Samantha Diai J, Kelsey Jaklin, Florida James hanya berpuas hati menerima hadiah sagu hati.

Dalam majlis yang sama turut menyaksikan Presley Petrus menang sebagai juara KDCA Sarawak Sugandoi Kaamatan (pertandingan nyanyian) 2023, sekali gus mewakili KDCA Sarawak di Pesta Kaamatan di Sabah.

Marylyn (duduk, tengah) dinobatkan sebagai pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (ratu cantik) KDCA Sarawak tahun ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU