ARTIKEL

Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Mas Ermieyati kekal jawatan demi kestabilan PN Melaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Ketua Srikandi Bersatu Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah menyatakan kesediaan mengikut jejak langkah beberapa pemimpin parti meletak jawatan dalam Perikatan Nasional (PN), jika tindakan itu merupakan keputusan bersama.

Pengerusi PN Melaka itu bagaimanapun memaklumkan kenyataan bahawa pelantikan Pengerusi PN negeri dan jawatan lain terbatal secara automatik susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN semalam adalah tidak tepat.

Mas Ermieyati, yang juga Ketua Wanita PN dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, berkata pelantikan di peringkat pusat atau negeri adalah berdasarkan keputusan bersama Majlis Tertinggi PN.

“Saya mengambil maklum desakan segelintir pihak yang menggesa dan menantikan saya meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Wanita PN Pusat susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengerusi PN.

“Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk tidak meletakkan jawatan ini bukanlah didorong oleh sebarang kepentingan peribadi apatah lagi kerana ingin mempertahankan jawatan atau kuasa, sebaliknya dibuat atas pertimbangan tanggungjawab, kestabilan organisasi serta kepentingan perjuangan PN di peringkat negeri,” menurutnya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Semalam, Muhyiddin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 diikuti empat lagi pimpinan utama Bersatu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Sahruddin Jamal (Pengerusi PN Johor) dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Setiausaha Agung PN merangkap Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor).

Turut meletak jawatan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN Perak) dan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker (Pengerusi PN Negeri Sembilan). – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan