ARTIKEL

Masa tunggu keputusan dan berehat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Sibu Kaunselor Clarence Ting Ing Horh tiba di pusat mengundi SMK Methodist di sini pada jam 7.57 pagi, hari ini.

Ting yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) tiba bersama ibunya yang sakit Lilian Chian, 89, dan anak lelakinya untuk mengundi.

Beliau selesai mengundi pada jam 8.12 pagi.

Ting ketika ditemui media mengenai perasaannya beliau berkata, bahawa dirinya tidak gementar dengan apa jua keputusan pada malam nanti.

“Saya tidak gementar, kini tiba masanya untuk berehat dan menunggu keputusan. Saya telah melakukan yang terbaik sejak beberapa hari lalu.

“Saya tidak menukar pusat pengundian saya justeru saya membuang undi untuk kerusi Parlimen Lanang. Ini lebih adil kerana saya tidak mengundi untuk diri sendiri,” katanya.

Mengenai rancangannya hari ini, beliau berkata akan pergi ke semua pusat pengundian untuk memeriksa sama ada proses pengundian berjalan lancar.

Bagi SMK Methodist seramai 3,782 pengundi dijangka membuang undi di 6 saluran mengundi.

Terdahulu, pengundi sudah kelihatan beratur seawal jam 7 pagi.

Majoriti pengundi yang keluar di pusat mengundi pagi ini adalah warga emas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira