KOTA SAMARAHAN: Pelajar Unimas dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkatperingkat bermula pada Ogos depan.
Naib Canselornya Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, pihak universiti sememangnya merancang kepulangan pelajar ke kampus secara berperingkat-peringkat.
“Pada awal bulan Ogos depan, kita akan melihat pelajar perubatan tahun akhir dan pelajar asasi yang tidak melebihi 1,000 orang akan kembali semula ke kampus.
“Kita juga akan benarkan pelajar perubatan yang memerlukan latihan amal di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu untuk kembali ke kampus pada awal bulan Ogos ini,” katanya ketika ditemui media selepas program Siri Syarahan Kepimpinan Borneo (Bolts) 2020 di Detar Putra Unimas di sini baru-baru ini.
Tambahnya, kesemua pelajar universiti tersebut dibenarkan kembali ke kampus pada bulan Oktober seperti yang telah diumumkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad, baru-baru ini.
“Apabila mereka kembali ke kampus, sebahagian besar subjek akan disampaikan d a l a m bentuk dalam talian kerana syarat yang hanya membenarkan jumlah orang berkumpul dalam satu bilik tidak lebih daripada 250 orang.
“Walaupun berada di kampus, mereka tidak perlu berada di bilik kuliah tetapi boleh berada di perpustakaan atau kolej kediaman masing-masing,” jelasnya.
Kadim menjelaskan, dengan cara tersebut pelajar lebih mudah untuk menerima bahan dalam talian kerana rangkaian Internet di kampus lebih baik berbanding di rumah masingmasing.
“Kita boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih berkesan kerana pelajar berada di kampus dan boleh merujuk kepada pensyarah apabila berada di sini. “Itu antara apa yang kita sedang rangka dan kami juga membuat persiapan untuk kolej kediaman yang dijangka menempatkan 12,000 pelajar di dalam kampus,” ujarnya lagi.
Terdahulu, KPT membenarkan pelajar IPT dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini, dengan kemasukan sepenuhnya pada Oktober depan.
Dr Noraini ketika mengumumkan perkara itu berkata, kebenaran berkenaan dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri.