ARTIKEL

Masalah air bertakung Pan Borneo – Jakar perlu diatasi segera – Huang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Pengguna lebuh raya Pan Borneo berhampiran Jakar berdepan masalah air bertakung setiap kali hujan.

Masalah yang dipercayai berpunca daripada culvert tersumbat itu boleh mengundang risiko kemalangan ke atas pengguna yang melalui laluan berkenaan.

Sehubungan itu, ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, masalah tersebut perlu ditangani segera bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Kawasan itu katanya, menjadi tumpuan pelbagai jenis kenderaan setiap hari.

“Masalah ini berpunca daripada culvert yang menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik sebelum tersumbat.

“Saya sudah meninjau sendiri kawasan ini dan berharap pihak berkaitan dapat melakukan tindakan penyelesaian segera,” katanya.

Menyentuh mengenai projek untuk bahagian Sarikei, Huang berkata, langkah Kerajaan Sarawak meluluskan projek rakyat bernilai RM772 juta adalah sesuatu yang amat bermakna.

Usaha itu katanya, membuktikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak mengabaikan rakyat bahagian ini.

“Saya mewakili seluruh penduduk khususnya di DUN N.45 Repok ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Abang Jo,” ujarnya.

Hadir sama Naib Pengerusi SUPP Cawangan Sarikei, Kapitan Ling Dien Yong.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU