ARTIKEL

Masalah banjir menghantui penduduk di sekitar kawasan Batu 9, Jalan Kuching-Serian bakal berakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masalah banjir yang lama menghantui penduduk di sekitar kawasan Batu 9, Jalan Kuching-Serian bakal berakhir dengan pembinaan sistem perparitan baharu.


Menurut Adun Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang, projek tersebut membabitkan kos sebanyak RM2.5 juta yang dijangka siap Oktober tahun ini.


Katanya, projek tersebut akan bermula dekat persimpangan Taman Emas, Batu 9 yang sedikit banyak membantu menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk sekitar sejak empat tahun lalu.


Tapak pembinaan bagi pembinaan parit baharu di Batu 9, Jalan Kuching-Serian. Foto: Ramidi Subari
Datuk Lo Khere Chiang dan Reman Adop berbincang di tapak pembinaan parit baharu Batu 9, Jalan Kuching-Serian. Foto: Ramidi Subari


“Saya membawa isu ini kepada Datuk Alexander kira-kira enam bulan yang lalu. Beliau bertindak pantas meluluskan peruntukan dan mengarahkan JKR memulakan kerja,” katanya dalam sidang media semalam di Batu 9, Jalan Kuching-Serian, di sini hari ini.


Sementara itu, Penolong Jurutera Bahagian Operasi JKR Kuching, Reman Adop berkata, antara skop utama projek termasuklah pembinaan longkang konkrit bertetulang bersaiz 2.1m dan 1.8m, pembinaan satu pembetung baharu (culvert) dan perobohan dua unit sistem saliran lama yang tidak berfungsi-menyebabkan air bertakung dan melimpah ke kawasan kediaman.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan