ARTIKEL

TAKLIMAT... Dr Abdul Rahman, Gerald Rentap dan Razi Sitam serta tetamu lain diberikan penerangan tentang reka bentuk masjid pada Majlis Pelancaran Pembinaan Masjid Baharu Bahagian Betong di sini, hari ini. | Foto: OSMAN RAZALI

Masjid baharu Betong jadi lambang perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Perbezaan kepercayaan serta anutan tidak menghalang pembinaan rumah ibadat dalam kawasan yang sama atau secara berhampiran.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sebaliknya keadaan ini menghidupkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Hari ini saya melancarkan pembinaan masjid baharu Bahagian Betong yang dijangka siap hujung tahun hadapan.

“Apa yang menarik, tidak jauh dari sini, saya difahamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Datuk Gerald Rentap Jabu, beliau hendak mendirikan institut melatih paderi.

“Maknanya, masjid dan institusi agama lain tidak jauh antara satu sama lain. Saya percaya ini akan menjadi lambang perpaduan dan kebanggaan di Betong suatu hari kelak,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata demikian ketika ditemui seusai menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembinaan Masjid Baharu Bahagian Betong di sini, hari ini.

Jelasnya, masjid baharu itu nanti bukan sahaja menjadi kebanggaan umat Islam, tetapi simbol perpaduan yang semakin subur.

Abdul Rahman menambah, keprihatinan wakil rakyat di negeri ini untuk membina rumah ibadat agama lain harus dipuji.

Mengenai Masjid Bahagian Betong yang baharu, beliau berkata ia dibina dengan kos lebih RM15 juta dan mampu menempatkan 1,200 jemaah dalam satu-satu masa.

Tegasnya lagi, masjid yang akan menjadi bangunan ikonik itu harus dilihat dalam tiga elemen.

“Pertama, lambang untuk menegakkan syiar Islam, kedua, menyatupadukan serta meningkatkan perpaduan masyarakat dan ketiga, sebagai institusi ilmu.

“Sehubungan itu, imarahkan sebaik mungkin agar ia memberi manfaat kepada semua masyarakat di Betong,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar