ARTIKEL

BERLANGSUNG ESOK...Poster mini Regata Sarawak 2026.

Regata Sarawak 2026: Bermula misi buruan gelaran ‘Raja Sungai’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Acara sukan air berprestij, Regata Sarawak 2026 bermula esok (Jumaat) di Tebingan Kuching.

Bermulalah misi pemburuan gelaran ‘Raja Sungai’ buat pasukan terlibat.

Sebanyak 13 perlumbaan dilangsungkan pada hari pertama yang membabitkan empat kategori utama mencakupi perahu bidar 15, 20, 25 dan 30 pekayuh.

Dua perlumbaan melibatkan kategori tumpuan iaitu perahu bidar 30 pekayuh Piala TYT Sarawak (Raja Sungai) bakal mencuri tumpuan.

Perlumbaan tersebut berlangsung pada waktu berbeza. Perlumbaan Saringan A berlangsung sebelah pagi (9:30 pagi), sambil Saringan B pula akan berlangsung pukul 4:15 petang.

Senarai awal dikeluarkan menyaksikan sebanyak 18 buah perahu mewakili pelbagai pasukan handalan akan berentap dalam dua perlumbaan untuk peringkat Saringan A dan B berkenaan.

Antara beberapa nama besar yang akan turut serta pada perlumbaan kali ini ialah Udak 3, Landas Saga Sebuyau, Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak, Todak Berjaya, Buraq Terbang dan banyak lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU