KUALA LUMPUR: Sebuah masjid di Palestin yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah dibom tentera rejim Israel Sabtu lalu.
Menurut Muslim Care Malaysia Society, Masjid Muhammad Al Amin dibina pada 2013 dengan pembiayaan dikutip daripada orang ramai.
Muslim Care Malaysia Society menulis di Facebook: “Hati kami hancur melihat masjid tersergam indah yang dibiayai rakyat Malaysia musnah akibat serangan bom oleh Israel.
Kini masjid tersebut tidak dapat digunakan lagi.


