»KOTA Kaherah antara Kota tertua tamadun Islam memiliki masjidmasjid lama yang penuh sejarah dan keistimewaan yang tidak ada pada masjid-masjid lain.
Terdapat begitu banyak Masjid yang seharusnya menjadi kunjungan wajib para penziarah ke bumi kinanah. Namun disebabkan keterbatasan ruang, penulis hanya memilih berkongsi keistimewaan beberapa masjid khususnya sekitar Kota Kaherah yang sempat kami kunjungi.
Masjid Sultan Hassan sangat istimewa kerana mempunyai empat madrasah memuatkan keempat-empat mazhab ahli Sunnah di bawah sebuah bumbung masjid. Ia sekali gus berjaya menyelesaikan masalah ketaasuban mazhab sejak kurun ke-13.
Pembinaannya selesai pada tahun 1363M oleh pemerintahan Sultan Hassan dari Dinasti Mamalik dari pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah yang memerintah Mesir. Ketika kunjungan ke sini, kami diiringi salah seorang imam masjid yang menceritakan kepada kami sejarah masjid ini.
Gaya seni bina Mamluk dibina oleh Sultan menghadap Kubu Sallehudin dihadapannya.
Bersebelahan masjid ini, terletak pula Masjid al-Rifa’i yang dibina Sayyidah Khusyar Hanim.
Nama masjid dinisbahkan kepada keturunan Imam al-Rifa’i.
ISTIMEWA
Seterusnya Masjid Mohamad Ali yang terletak di dalam Kubu Salehuddin al-Ayubi, berhampiran Bukit Mokattam, juga menarik dikunjungi. Dari jauh kita menyangka kita berada di Istanbul.
Inilah keistimewaannya kerana masjid ini dipengaruhi pembinaan seperti masjid kesultanan Uthmaniyah di Turki.
Dibina antara 1830-1848 oleh Muhammad Ali Pasha, ia mempunyai sebuah kubah utama dikelilingi beberapa separa kubah kecil dengan dua menara utama. Bahagian dalaman masjid jauh lebih mengagumkan dengan setiap sudut dihiasi dengan pelbagai kesenian Islam terutama mimbar yang berwarna keemasan.
Ketika kunjungan kami ke sini, masjid ini dibaik pulih, namun masih ada ruang disediakan untuk solat. Namun, ia dibuka sepenuhnya untuk para pelancong masuk kerana ia sebahagian daripada kompleks Kubu Sallehuddin. Masjid al-Hussein yang terletak di Bazar al-Khalili, Kota Kaherah.
Keistimewaan masjid ini kerana menyimpan kepala Saidina Hussein yakni cucu baginda Nabi SAW yang SIRI 20 empat madrasah memuatkan keempat-empat mazhab ahli Sunnah di bawah sebuah bumbung masjid.
Ia sekali gus berjaya menyelesaikan masalah ketaasuban mazhab sejak kurun ke-13.
Pembinaannya selesai pada tahun 1363M oleh pemerintahan Sultan Hassan dari Dinasti Mamalik dari pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah yang memerintah Mesir.
Ketika kunjungan ke sini, kami diiringi salah seorang imam masjid yang menceritakan kepada kami sejarah masjid ini.
Gaya seni bina Mamluk »KOTA Kaherah antara Kota tertua tamadun Islam memiliki masjidmasjid lama yang penuh sejarah dan keistimewaan yang tidak ada pada masjid-masjid lain.
Terdapat begitu banyak Masjid yang seharusnya menjadi kunjungan wajib para penziarah ke bumi kinanah. Namun disebabkan keterbatasan ruang, penulis hanya memilih berkongsi keistimewaan beberapa masjid khususnya sekitar Kota Kaherah yang sempat kami kunjungi.
Masjid Sultan Hassan sangat istimewa kerana mempunyai Bahagian dalam Masjid Hussein.
Masjid Musyir Tantawi1.
Merakam memori di makam imam Syafie. Masjid ini disiapkan pada 2015 boleh memuatkan 3000 jemaah.
Masjid ini istimewa kerana dibina sewaktu kepimpinan Presiden Dr Mohamed pada tahun 2012-2013. inspirasi 5 11 Rabiulakhir 1445 dikatakan dibawa adiknya Saidatina Zainab dari Karbala, Iraq pada tahun 680M dan dikebumikan di sini. Bagaimanapun, jasad Saidina Hussein dikebumikan di Karbala, Iraq.
TERKENAL
Masjid yang dibina pada tahun 1154M ini sering dikunjungi kaum muslimin seluruh dunia termasuk golongan Syiah.
Selain itu, masjid ini juga terkenal kerana pernah menyimpan manuskrip lengkap al-Quran tertua.
Kini al-Quran tersebut dipindahkan ke Masjid alSayyida Zainab, Kaherah yang menempatkan Pustaka Pusat Manuskrip Islam.
Tidak jauh dari Masjid Hussein terletaknya Masjid al-Azhar. Masjid ini antara yang tertua di dunia dibina pada tahun 972M pada zaman Khalifah Fatimiah iaitu Khalifah Al-Muiz Lidinillah.
Asalnya ia dinamakan Al-Qahira tetapi ditukarkan kepada al-Azhar sempena nama puteri Rasulullah SAW Fatimah az-Zahra.
Masjid ini dibangunkan sebagai Universiti pada tahun 988 dan sekali gus berkembang sebagai pusat ilmu keislaman ulung dunia sehingga hari ini. Kunjungan ke Kaherah lebih bermakna dengan menziarahi Masjid Imam as-Syafie di al-Qarafa al-Sughra.
Imam As-Syafie pernah mengajar di masjid ini sehingga wafat pada tahun 819M dan jasadnya dimakamkan di sini.
Masjid ini dikenali dengan replika kapal terletak di atas kubah masjid, simbolik kegigihan beliau mengembara demi mencari ilmu.
Di dalam masjid ini kita boleh melihat sebatang tiang yang digunakan beliau untuk bersandar sewaktu mengajar di sini.
DIKUNJUNGI
Makam Imam Syafie dijaga rapi dan sering kali dikunjungi kaum Muslimin.
Masjid Amru al-As pula adalah masjid pertama di Mesir dan benua Afrika. Ia didirikan pada tahun 641 dan terletak di daerah Fustat, Kaherah.
Pada asalnya ia merupakan khemah panglima tentera sewaktu Amru diutuskan oleh Khalifah Umar Ibnu Khattab menakluki Mesir dari Empayar Bizantium.
Meskipun Masjid yang ada pada hari ini bukan masjid asal kerana banyak diubah suai. Namun, ia merupakan bukti permulaan bertapaknya Islam di Mesir.
Akhir sekali, tidak rugi kita mengunjungi Masjid Musyhir Tantawi di Kota New Cairo.
Masjid ini disiapkan pada 2015 boleh memuatkan 3000 jemaah. Masjid ini istimewa kerana dibina sewaktu kepimpinan Presiden Dr Mohamed pada tahun 2012-2013.
Sesungguhnya banyak masjid di Kaherah yang mempunyai cerita dan sejarah tersendiri.
Semoga sedikit perkongsian ini, membuka minda kita tentang keistimewaan dan kepentingan masjid dalam kehidupan. Juga menyemarakkan lagi keinginan kita menziarahi bumi kinanah Mesir suatu hari nanti, insya-Allah.



