ARTIKEL

MENARIK... Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama tetamu kehormat lain melihat Buku Panduan Pengimarahan Masjid dan Surau serta Tatacara Pengurusan Solat Jumaat Sarawak yang dilancarkan pada muktamar tersebut.

Masjid rakan strategik kerajaan – Dr Abdul Rahman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Institusi masjid perlu terus diperkasakan sebagai pusat pembangunan modal insan yang mampu melahirkan masyarakat berilmu, berintegriti dan bersatu, selari dengan perubahan zaman tanpa mengabaikan prinsip Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, peranan masjid tidak lagi tertumpu sebagai tempat ibadah semata-mata, sebaliknya menjadi rakan strategik kerajaan dalam membangunkan masyarakat yang sejahtera dan berdaya tahan.

“Pembangunan pesat Sarawak perlu diseimbangkan dengan pembangunan rohani kerana masjid berperanan melahirkan masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berdisiplin, sekali gus menjadi asas kepada kemajuan negeri,” katanya.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Sarawak Zon Selatan (Siri 1) di Raia Hotel, Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Sarawak Zon Selatan (Siri 1) sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak di Raia Hotel, di sini, hari ini.

Sejak 2018 hingga tahun ini, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan hampir 205 projek melibatkan pembinaan dan naik taraf masjid, surau, tanah perkuburan Islam serta sekolah agama bantuan sebagai bukti komitmen terhadap pembangunan masyarakat Islam.

Bagaimanapun, katanya, kejayaan sebenar tidak hanya diukur melalui pembinaan infrastruktur, tetapi juga kejayaan membentuk masyarakat yang berakhlak dan berdaya saing.

Beliau berkata, perkembangan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), media sosial dan ekonomi digital menuntut institusi masjid menyesuaikan pendekatan dakwah agar terus relevan, terutama kepada golongan muda.

“Dakwah Islam sentiasa bersifat dinamik, berhikmah dan relevan pada setiap masa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, masjid perlu menjadi pusat membimbing remaja, memperkukuh perpaduan masyarakat, membantu golongan asnaf, mendidik ibu bapa serta melahirkan pemimpin masa depan.

Beliau turut menyeru jawatankuasa masjid, lembaga amanah, ketua masyarakat dan ketua kaum melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan masjid terus berperanan sebagai pusat pembangunan ummah.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan