ARTIKEL

Keadaan jerebu yang melanda kawasan Mukah, baru-baru ini.(FOTO: FB N57 TELLIAN)

Masyarakat Mukah diminta utamakan kesihatan — Royston

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Masyarakat di Mukah diseru supaya berwaspada dan mengutamakan kesihatan berikutan keadaan jerebu yang mencatatkan bacaan tidak sihat di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, keadaan jerebu turut menyebabkan jarak penglihatan terhad di beberapa kawasan.

“Masyarakat perlu mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga kesihatan, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

“Kurangkan aktiviti fizikal berat dan aktiviti luar ketika keadaan jerebu semakin buruk.

“Jika perlu berada di luar, gunakan pelitup muka yang sesuai, minum air secukupnya dan pastikan ruang kediaman sentiasa bersih,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menasihatkan individu yang mengalami batuk berterusan, sesak nafas, sakit dada atau gejala membimbangkan supaya mendapatkan pemeriksaan perubatan segera.

Pada masa sama, Royston mengingatkan masyarakat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan keadaan jerebu.

“Orang ramai juga perlu sentiasa mengikuti bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Indeks Pencemar Udara (API), selain mendapatkan nasihat terkini daripada pihak berkuasa dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap keadaan jerebu di Mukah segera reda demi kesejahteraan masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU