ARTIKEL

Masyarakat pelbagai kaum di Mukah hidup harmoni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Mukah merupakan platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat di sekitar Mukah.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata melalui majlis seperti ini, pemimpin berpeluang untuk bertemu dengan rakyat.

“Kita perlu mengambil peluang ini untuk bermesra antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.


“Susah senang, kita perlu bersama. Sekiranya ada kesempatan, kita perlu terus berhubung dari semasa ke semasa untuk menjaga hubungan baik ini,” katanya.

MESRA… Hanifah menyantuni tetamu yang hadir dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Mukah, hari ini.
RAKAM KENANGAN
Hanifah (duduk kiri) merakam kenangan bersama yang lain.
Hanifah (tengah), Royston (kiri), dan Yakub (kanan) bergambar bersama dalam majlis tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Mukah, di Dewan Setia Raja, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah, hari ini.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah memberitahu majlis ini mencerminkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Mukah.

Jelasnya, walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hubungan baik antara satu sama lain perlu dijaga.

“Kita juga dapat merasai makanan tradisi Melanau yang jarang dijumpai dan dibawa dari Kampung Tellian.

“Inilah keunikan kita di Mukah kerana kaya dengan budaya dan tradisi yang masih dipelihara.

“Pada masa sama, ia mengingatkan kita bahawa dalam kepelbagaian, wujudnya perpaduan,” jelasnya.

Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

Sehubungan itu, Hanifah turut memuji persiapan majlis ini kerana semuanya berjalan dengan lancar, yang merupakan hasil kerjasama Pusat Khidmat Mukah dan pelbagai agensi kerajaan di sekitar Mukah bagi menjayakan majlis tersebut.

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Mukah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar dan turut memeriahkan majlis ialah Alan Busker dan CatsFM.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU